anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Thursday 20 June 2013

yeay! kholas imtihan...

Errr xfaham ker makna entry ni? ok. kholas tu maksudnya habis. Dalam bahasa arab ammiah.

 Alhamdulillah, akhirnya setelah sebulan dua ni berhempas pulas tenaga badan dan fikiran,semuanya dah berakhir. Imtihan tahun 4 syariah telah tamat 18.06.2013 hari tu. Rasa macam baru je terlepas satu ikatan. Cewah. Penat juga exam ni. Banyak pula tu dugaan exam kali ni. Macam macam rasa ada. Masam manis pahit tawar...........................


  Dalam sedar tak sedar,sudah 4 tahun aku menuntut ilmu di Mesir ni. Pejam celik pejam celik 4tahun rupanya.Rasa seperti baru semalam ummi abi hantar di airport, rasa baru semalam menjejakkan kaki di bumi anbiya' ni,dan rasa baru semalam menangis atas katil sesenyap tanpa kakak kakak senior tau yg aku sangat rindukan tanah air,semuanya rasa seperti semalam,hakikat sebenar sudah hampir 4 tahun cik ana. *tampar-tampar pipi* oh kembali tersedar... :) Banyak suka duka yg dah aku lalui juga proses tarbiyah yg aku terima di sini.

 Kakak senior selalu pesan, berkorban sebulan utk setahun. Bagi penuntut U lain mungkin akan tertanya-tanya kenapa....sebab kami di sini kalau xlulus lebih dari 2 subjek(madah) perlu ulang tahun. Bukan seperti universiti lain. Repeat mungkin xda masalah bagi mereka pada tahun yg sama. Namun tidak di UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF.Perkataan "GAGAL" adalah sangat menakutkan. Dan secara tak langsung perlu dilanjutkan lagi tahun yg sepatutnya hanya 4 tahun. Ujian. Allah tahu mereka mampu. :)

Moga segala usaha yg telah aku curahkan pada exam tahun ni bakal membuahkan hasil yg enak lagi ranum. Aku nak balik Malaysia tahun ni. Ini tekad aku.Kini masanya aku pula membalas jasa ummi abi. 

Sebanyak 12 subjek aku duduki peperiksaan.
Fasa lepas(winter) sebanyak 5 subjek,
Bahasa Inggeris
Qawaid Fiqhiah
Adab Balaghah
Tafsir Ayat Ahkam
Qoah Bahas Qawaid

Fasa ni (summer) sebanyak 7 subjek
Al-Quran 4 juzuk
Fiqh Syafie
Qodoya Muasarah
Hadis Ahkam
Qoah Qodoya
Usul Fiqh
Fiqh Muqoron

Oral test
Al-Quran
Fiqh Syafie
Usul Fiqh
Fiqh Muqoron

Fuhh..Alhamdulillah. 

Ujian exam aku kali ni bila hilang kad atm dan juga demam+migrain.
Tak terdaya langkah kaki ini.
Akhirnya dalam ketidak mampuan aku.
Aku lalui juga.
Ini bermakna aku sememangnya mampu.
Dan Allah tau kemampuan hambanya dalam menghadapi ujian yg diberi.
Terima kasih ya Allah.

Akhirnya. Berdebar menanti natijah(result) 
Penentu aku selama 4 tahun di sini.
Sama ada aku akan grad bersama kawan-kawan atau sebaliknya(nauzubillah)
Kini masanya kuatkan DOA!
Aku harap kejayaan kali ni aku dapat meraikan bersama kawan-kawan pengajianku semua :)
Tidak kira kos ape dan siapa kamu.
Bittaufiq wannajah.

Sedih. 
InsyaAllah seandainya diberi rezeki aku berjaya.
Aku bakal meninggalkan tanah anbiya' ini.
Dan aku yakin aku pasti merindui.
Terima kasih duktur dan dukturah(prof)
Atas segala tunjuk ajar kalian.
Juga pada sahabat sahabat 4 syariah.
Moga kejayaan milik kita bersama.


Sedikit halawiyat dariku.

Hadapan kuliah tercinta bersama sahabat 4syariah.

tunggu masa kena panggil dengan dukturah utk di soal.

amboi khusyuknya

 masing-masing sabar menantiutk dipanggil dukturah :)

 Inilah duktur Abdullah Qandil. Dia sangat baik. Sporting.
Salah sorang duktur yg soal aku. 

 Inilah dewam exam kami.

Ini juga dewan exam. Tapi lain dari yg lain sebab di luar kelas. Exam di tempat laluan lalu lalang. 
Tak jumpa di U lain. ^_^

Inilah kuliah ku yg tercinta.

Sekian.

Ana Farhana
Alexandria Egypt



ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...