anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Thursday 31 May 2012

bowling~~berjubah dan tudung labuh???

  Assalamualaikum kepada pembaca tegar blog ana....hihihi~~apa khabar iman mu di sana??ana??alhamdulillah masih dikurniakan nikmat yg paling berharga di dunia ini"nikmat iman dan islam"...right???(sohh...lahjah arab) belajar arab walau sikit sebab bahasa arab adalah bahasa SYURGA...Telah diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Awsat, al-Hakim, al-Baihaqi di dalaSyu’ab al-Iman dan selain mereka dari Ibnu Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Cintai orang Arab kerana tiga perkara, iaitu kerana aku adalah berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan bahasa ahli syurga adalah Arab”.
  
  Di samping kita merapu biar terselit sdikit ilmu...betul x??sebab ana pon bukanlah manusia yg begitu sempurna utk menukilkan ukiran yg indah di pandangan mata...a'la kulli hal mencuba utk menjadi yg terbaik tu adalah yang terbaik....



  Beberapa hari yg lepas,ana bersama sahabat ana...pergi bermain bowling...sekadar melepaskan rasa strees selepas selesai syafawi sebanyak 4 madah sekali gus...Al-Quran,fiqh syafie,fiqh muqoron dan usul fiqh(kalau korg xpaham...syafawi tu ujian lisan)...moga kejayaan mengiringi ana dan sahabat semua^^ ....bak kata kami di sini(nagah kabir....) ameen Ya Rabb....


  Jap2,lari dari tajuk asal ni...serius best main bowling....hilang stress study..hihi (xstrees pon saje alasan nak aktifkan badan setelah terperap kat rumah...struggle konon2..hihi)...Emm..dulu ana xtau plak kata boleh main bowling tau...serius xtau...


Main bowling tapi berjubah???salah ke...................??
xsalah lah..kenapa nak salah???pakai jubah pon boleh "strike" jugak kot...xperlulah kita persoalkan pakai jubah bnyak perkara yg membataskan kita....(bab syariat tetap ada batasan).."pakai jubah mane boleh buat tu,mane leh buat ni....susahlah labuh sgt,rimaslah,macam alim sangatlah" ...kata2 yg biasa kita dengar...kan kan kan...tapi xjadi masalah pon bagi ana...yg jadi masalah adalah persepsi masyarakat kita sekarang..."bajet alim la tu pakai jubah" ...realiti sekarang tapi hnya di Malaysia....kenapa ana cakap camtu??sebab kat mesir perkara tu a'di(biasa)...berjubah bertudung atau hitam semua just nampak mata pon masuk shopping complex tak asing di mata mereka...main bowling,mandi laut.....biasa di sini...=)


 Sekadar berkongsi cerita dan rasa...tutuplah aurat dalam setiap perkara yg kita lakukan wahai kaum hawa...kita juga boleh aktif...boleh bersukan...elakkan berpakaian ketat,seluar legging dan pakaian yg sama waktu dengannya...Sabda Nabi saw bermaksud;

“Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh”

 *Yang dimaksudkan dengan pakaian yg bertelanjang itu adalah pakaian yg tidak menutup aurat...

   Sama-sama kita muhasabah diri...


~Ana Farhana-Alexandria,Egypt~

Monday 28 May 2012

Tahajjud mencantikkan wajah



 Khas buat kaum adam dan hawa di luar sana...ingin ana kongsikan tips kecantikan bersama...xsusah dan xsukar utk kita lakukan...tidak juga perlu bersusah payah utk mengeluarkan belanja yg mahal2 semata2 utk mencantikkan wajah...cuma perlu mengorbankan sedikit masa tidur...mudah bukan??kesan sampingan pon tiada utk kita risaukan...mudahnya nak jadi cantik..^^




 Tahajud mempercantik wajah.


Pernahkan anda duduk dekat ataupun memperhatikan wajah org ahli ibadah? Amatilah…wajahnya begitu bening, bersih, teduh dan bercahaya tanpa make up. Demikianlah Allah memberinya ‘NUR’ yang terpancar diwajahnya. Bagaimana dengan Rasul dan sahabatnya….?? Subhanallah…tentu tak dapat dibayangkan wajah Penghulu Syurga tersebut..Allahumma shalli ala Muhammad.


Siapa yang tidak ingin tampil cantik/kacak bercahaya seperti itu, terutama para ukhti . Kecantikan merupakan satu hal yang sangat diinginkan oleh para ukhti. Mereka para kaum Hawa itu banyak yang telah mencuba berbagai cara, baik dengan menggunakan berbagai kosmetik, pemutih atau menggunakan lulur, ekstrak bengkoang dan lain-lain agar wajahnya menjadi putih dan berseri. Semua yg disebutkan tadi kita sedia maklum ada mengandung zat-zat kimia yang berbahaya, kenapa tidak menggunakan cara yang satu ini? Apa caranya? Iaitu solat tahajjud di malam hari.


Berkata Imam Ibnul Qayyim, ”Sesungguhnya solat malam itu dapat memberikan sinar yang tampak di wajah dan membaguskannya. Ada sebagian wanita yang memperbanyak melakukan solat malam. Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, Solat malam itu dapat membaguskan wajah dan kami senang jika wajah kami menjadi lebih bagus. Demikian yang dituliskan oleh Mahmud Mahdi Al-Istambuli. Perlu juga diingat bahwa cara ini bukan saja dimonopoli kaum Hawa saja, kaum Adam pun perlu juga menerapkannya.


Keutamaan Shalat Tahajjud disamping hikmah diatas bagi yang melaksanakannya, solat malam ini pun mempunyai keutamaan yang lain berdasarkan Al Qur’an dan Al Hadist. Bahkan inilah yang lebih penting, yaitu :


1. Allah akan mengangkat ke tempat yang terpuji, dalilnya adalah “Dan pada sebagian malam hari bertahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”(Al Israa : 79).


2. Shalat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat menghapuskan dosa, “Hendaklah kalian melaksanakan shalat malam karena shalat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa. (HR. Tirmidzi)


3. Kemuliaan orang beriman ada pada solat malam Jibril berkata, “Hai Muhammad, kemuliaan orang beriman ada dengan shalat malam. Dan kegagahan orang beriman adalah sikap mandiri dari bantuan orang lain.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah no. 831).


Solat malam yang paling utama adalah pada sepertiga malam yang terakhir. Pada saat ini doa akan dikabulkan oleh Allah. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwasannya Nabi pernah bersabda: Allah turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepadaKu niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepadaKu niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadaKu tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga fajar terbit. (HR. Bukhari dan Muslim).


  Biarlah tidak cantik di mata manusia tapi cantik pada pandangan DIA... 



~Ana Farhana-Alexandria,Egypt~

Sunday 27 May 2012

malam exam ku yg ceria...

  Salam ceria di malam yang ceria,Alhamdulillah Allah masih lagi meminjamkan nikmat iman dan islam buat ana,rasa kerdilnya diri ini bila rasa syukur kurang dipanjatkan kepadaNYA...Satu kisah yg ana ingin kongsikan bersama pembaca2 semua...benarlah kata mereka lain orang lain cara lain orang lain bahasa...bukanlah ana ingin mengeluh di malam2 exam ini namun sebagai hambanya yg lemah,ana tidak terlepas dari rasa itu...benarlah Firman Allah Taala..."Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh." (Al Ma'arij : 19 ) ...bila di malam exam@imtihan stiap orang akan memfokuskan otak masing2 utk bekalan di medan juang esok....namun ape yg menimpa kepadaku juga roommate ku bila suasana bising di luar yg amat2 mengganggu konsentrasi kami serumah utk study...yup!nampak mudah namun.....hya sabar yg mampu kami smua lafazkan....bila arab mula mendendangkan lagu yg bak kata ana "boleh runtuh bangunan atau pecah gegendang telinga" nak kata betapa kuatnya ditambah dgn speaker yg besar....sabar ana sabar ^__^ (syukran Ya Allah ats nikmat sabar ini)
  Namun kecekalan serta kekentalan semangat dari sahabat menguatkan diri ini...."sekejap je tu...kejap lagi senyap la arab tu" hati menjadi lega sedikit walau ana tau majlis mereka bersurai dalam pukul 12 atau 1 pagi...robbuna yusahhil...ana pon terus memulakan langkah ke arah "najah" utk menghadapi hari esok...moga  ini adalah satu langkah ujian yg akan memberikan ana kejayaan satu hari nanti....baru sikit Allah uji ana...^__^..
  Gambar di bawah ini yg sempat ana rakamkan utk kalian...cantikkan lampu tu...seindah taman hati ini...moga Allah mudahkan urusan aku jua sahabat2 ku esok utk terus berjuang di medan Mu ya Rabb....
   
santekk an lampu tuh,leh pusing2~~

time ni kedai tu belom dirasmikan lagi...

  gambar dari atas beranda rumah ana~~

  Untuk pengetahuan kalian semua...arab ni bila dorang nak rasmikan kedai...macam nak  kenduri kawen...diorang akan pasang lampu berwarna warni,pasang lagu kuat2...dan akan berterusan sampai pukul 12pagi atau 1 pagi....terbaiklah(terbaiklah sangat...bila ape yg hafal dok dengaq lagu depa ja)...hari biasa xda masalah yg jadi masalah bila "malam exam" hihi~~sabor jelah....


~Ana Farhana,Alexandria~


Thursday 24 May 2012

Pengasas Pondok Sungai Bakap



TUAN GURU HAJI YUSOFF BIN HAJI SAAD

 Kali ini ana menceritakan serba sedikit tentang pengasas PONDOK SUNGAI BAKAP,PULAU PINANG...Yang mana menjadi tempatku menimba ilmu ukhrawi suatu masa dulu...MADRASAH IRSYADIAH AL-ASYRAF AL-WATANIAH subur dalam ingatan....
Tuan Guru Haji Yusoff bin Haji Saad dilahirkan pada tahun 1918 di Kampung Relau, Bandar Baharu, Kulim Kedah. Namanya terkenal dan meniti di bibir masyarakat Seberang Perai Selatan dan utara Perak. Beliau telah diasuh dan dididik dengan penuh nilai keislaman serta kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Suasana itu menyebabkan beliau sangat disenangi oleh masyarakat kerana sikap lemah lembutnya tetapi tegas dalam perkara melibatkan akhlak anak-anak muridnya.
Pendidikan Awal
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak iaitu sebuah madradah yang tidak asing lagi dimata masyarakat Islam di sebelah utara. Di situlah lahirnya ramaicerdik pandai dan agamawan yang ulung. Beliau memulakan pengajian bersama sahabat karibnya, Tuan Guru Ustaz Haji Ibrahim, yang juga sepupunnya. Setelah tamat pengajian beliau menyambung pengajian di Pondok Guar Chempedak, Yan Kedah yang ketika itu dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdullah Sanaf, seorang guru yang alim.
Setelah beberapa tahun kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Madrasah Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas yang dipimpin oleh seorang ulama yang sangat disegani ramai, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim. Beliau sempat mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Abdullah Fahim. Kemudain beliau melanjutkan lagi pengajian ke Madarasah Manabiul Ulum Wamataliu’nujum yang ketika itu dipimpin oleh seorang ulama terkemuka bernama Syeikh Usman Jalaluddin al-Kalantani yang merupakan murid kepada Tok Kenali. Di sini kewibawaan beliau mula terserlah apabila beliau diamanahkan mengetuai usrah-usrah dan majlis muzakarah di madrasah tersebut.
Seterusnya beliau beriltizam untuk meneruskan pengajian ke gedung ilmu yang termasyhur iaitu Makkah. Hasrat beliau itu tercapai apabila tamat pengajian di Manbiul Ulum dan terus melanjutkan pengajian keMakkah. Ketika di sana beliau sempat bersahabat dengan beberapa tokoh yang terkenal seperti Tuan Guru Abu Bakar Baqir, pejuang kemerdekaan dan juga pengasas Mahaad Ehya Syariff.
Mendirikan Rumah Tangga
Setekah selesai pengajian di Makkah, pada tahun 1953 beliau pulang dan bertemu jodoh dengan Hajah Kalsom Haji Putih adik perempuan kepada sahabat beliau Tuan Guru Haji Talib bin Haji Putih. Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Kalsom,mereka dikurnaikan enam cahaya mata. Salah seorangnya ialah Ustaz Haji Abdul Aziz, yang kini memikul tanggungjawab sebagai mudir Madrasah Irshadiyah al-Asharaf al-Wataniah.
Membuka Madrasah
Pada tahun 1953, beliau telah melihat dan mengkaji perlunya masyarakat tempatan di sekitar daerah Seberang Perai khususnya Sungai Bakap kepada sebuah madrasah atau pusat pengajian yang berteraskan pondok. Oleh sebab itu, beliau telah memilih sebuah perkampungan Islam di Jalan Stesen, Sungai Bakap untuk mendirikan sebuah musolla dan seterusnya menjadi sebuah madrasah. Atas keprihatinan dan bantuan penduduk setempat akhirnya hasrat beliau itu tercapai. Madrasah tersebut dinamakan Madrasah Irsyad al-Ashraf al-Wataniah yang bermaksud Petunjuk dan Penggerak Anak-anak Bangsa.
Dengan tertubuhnya madrasah ini, maka ramailah anak murid yang datang untuk menuntut ilmu. Anak muridnya tidak terbatas sekadar di kawasan Sungai Bakap sahaja malah hingga ke daerah Kerian seperti Perit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai dan kawasan sekitarnya.
Menyedari suasana pendidikan yang sentiasa berubah, maka beliau telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Halim anak saudaranya, untuk membahagikan pengajian kepada dua bahagian iaitu nizhami dan umummi. Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dan mentadbir bahagian umummi manakala Tuan Guru Haji Abdul Halim mengajar dan mentadbir bahagian nizhami.
Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dengan penuh rasa tanggungjawab demi memastikan anak-anak muridnya mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Oleh sebab itu beliau sangat bertegas dengan tatatertib dan disiplin diri seorang pelajar. Antara perkara yang dititik beratkan ialah, beliau tidak suka pelajar menyimpan rambut panjang dan membaca majalah-majalah yang tidak berfaedah.
Kembali ke Rahmatullah
Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang hidup akan meninggal dunia. Begitulah juga dengan Tuan Guru Haji Yusoff. Beliau kembali ke rahmahtullah pada 1 Muharam 1399/20 Disember 1979. Pemergian beliau ini telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada anak murid dan masyarakat setempat.
Tugas beliau akhirnya dipangku oleh anak saudaranya Tuan Guru Haji Abdul Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupakan oleh masyarakat setempat kerana telah mewariskan sebuah institusi pendidikan yang sangat berjasa pada anak bangsa. Antara pesanan terakhir kepada anak murdnya ialah: “Aku mengajar supaya kamu boleh belajar”. Begitulah jasa dan sumbangan Tuan Guru Haji Yusoff pada masyarakat setempat. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Link asal di sini:

Tuesday 22 May 2012

Dilema imtihan..




Buka mata cerah dunia
mata lebam memang dijangka
itulah dia tidur tak lena
fikirkan madah banyak tak baca

Bukannya alasan masa tak ada
adat manusia hidupnya leka
sebulan nak peksa kalut tak kata
cari muqoror merata-rata

Hai kenapa Facebook ini dicipta
kadang-kadang aku rasa mnyusah aja
bukannya apa gatai nak sign in juga
walau dah tekad tak nak buka

Si Comel petak di atas meja
buat-buat tak nampak tapi cam kna panggil ja
jangan jangan hati berkata
hai laptop ku tewas juga


Facebook ym atau twitter ka
boleh ja nak online time peksa
tapi ada had ada masanya
jgn smpi buku pon xdibaca


Masa yang ada jgn disia-sia
walau singkat gunakan sebaiknya
menongkat dagu tanpa ada usaha
kelak kau kan rasa akibatnya


Aku,kau dan dia harapan keluarga
genggam erat amanah ibu bapa
ini masanya balas jasa mereka
ukirkan senyuman kebahagiaan bersama

Allah tidak zalim pada hambaNYA
DIA tau keupayaan kita
tugas kita doa dan usaha
tawakal padanya itulah cara

Sekian saja coretan ana
adakah kisah ana atau anda
just nak berkongsi rasa
BITTAUFIQ WANNAJAH utk semua

nukilanku
~Ana Farhana -Alexandria,Egypt~


 Coretan yg dapat ana ukirkan masa duduk di balkoni umah...hihi~~bila menghafal mula menerawang...datang idea xdijangka...sekadar suka-suka...komen kalau suka..klu tak suka nak buat cemana,pasrah ja...hehe^^

Monday 21 May 2012

Fadhilat Bulan Rejab




Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga." 

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)."

Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun."

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya."

Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti."

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus."

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat."

Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun."

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga."

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."

Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun."

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

# selamat beramal...^__^ #
 


Sunday 20 May 2012

Airmata Seorang Wanita




Kenapa Wanita Mengalirkan Air Mata?

Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.

Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim

Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.

Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?

Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.

‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)

Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.

Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.

Monday 14 May 2012

Hunger Strike & Hari Nakbah



  Tanggal 15 Mei HARI NAKBAH.Tahukah anda apakah dia Hari Nakbah??Ia diperingati oleh rakyat Palestin,orang arab dan pejuang islam seluruhnya sejak 1948 sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri.Disamping itu juga,pencerobohan dan rampasan tanah umat islam oleh Israel terhadap Palestin.Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day Of The Catastrophe menggambarkan betapa dasyatnye peristiwa tersebut.
  
 Dan hari ini adalah tarikhnya,seperti ramai yg tau hari ini kita beramai-ramai menukar profil picture tanda solidariti kita terhadap banduan Palestin yg mogok lapar.Sekarang ini lebih 3ribu tahanan Palestin yg melancarkan mogok lapar ketika ini.
  
  Warna coklat dalam gambar ini adalah warna pakaian yg dikenakan oleh rejim Zionis Israel ke atas banduan berani mati di Palestin.
  
  Berikut adalah maklumat tahanan yg melakukan mogok lapar,semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka semua...:


Bilal Thiab-77 hari
Thaer Halahleh-77 hari
Hassan Safadi-71 hari
Omar Abu Shallal-69 hari
Mohammedd Al-Taj-61 hari
Mahmoud Sarsak-55 hari
Faris Al-Natur-48 hari
Jafar Ezz Al-Din-54 hari
Abdallah Al-Barghouthi-33 hari
lebih dari 2000 banduan-28 hari


  Jangan biarkan media antarabangsa terus mengebumikan perjuangan mereka.Semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yg diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa tapi dinafikan.
  
 Subhanallah kuatnya mereka...demi negara dan islam tercinta mereka sanggup berjuang habis-habisan tanpa mengira apa yg berlaku pada diri mereka sendiri...JIHAD DAN SYAHID dalam minda mereka...berbahagialah para syuhada' di syurga sana...Ameenn


  Satu komen yg sempat ana terbaca di laman facebook ..ianya amat mnyentuh hati ana...
"teringat kata-kata seorang sahabat yg baru balik dari Ghaza a few weeks ago katanya rakyat Ghaza berasa kasihan dengan kita sebab xdapat peluang macam mereka utk mati syahid mempertahankan Masjid Al-Aqsa.Malah mereka menolak tawaran utk keluar dari Ghaza semata-mata utk berjuang habis2san walau dgn apa cara sekalipun...Subhanallah...

  
  Hebatnya semangat mereka ya Allah...bagaimana tingkat kesyukuran kita sebagai rakyat yg aman di bumi Malaysia???....renung2kan sejenak..apakah kita sekuat mereka??....insyaALLAH ISLAM akan bertambah hebat bila umat islam bersatu...ALLAHUAKBAR.....!!!













PALESTIN WILL BE FREE .....INSYAALLAH....

Friday 11 May 2012

BELAJAR ILMU IKHLAS




“Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas,” kata seorang guru kepada muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni.”
“Karung guni?” soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,” kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik.”

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
“Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?”
“Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?”
“Ya, ya…” kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

“Banyak beli barang,” tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
“Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli,” bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
“Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu,” kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
“Oh, letih sungguh… apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?”
“Tak buat apa-apa.”
“Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,” balas anak murid.
“Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas…”
“Bagaimana?” tanya anak murid itu kehairanan.

“Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal.”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu…”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?”
“Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat…”
“Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!” ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Wednesday 9 May 2012

Petua utk isteri sentiasa cantik dan bahagia



Terkenang ana pada satu kata-kata yg ana petik dari laman sesawang 'muka buku'...-->>


"Wanita... Ingatlah...
Kau diciptakan sebagai sumber kebahagiaan SEORANG lelaki,
bukan untuk dikagumi SEMUA lelaki...."


 Siapakah seorang lelaki itu pada seorg wanita???tentu-tentunya adalah suami bukan boyfren,kekasih hati, jantung, jiwa dan sama waktu dengannya...hihi~~sebagai seorang wanita yg bergelar isteri tugasnya adalah taat kepada suami selagi mana suami itu tidak menyuruhnya ke arah maksiat dan mensyirikkan Allah...tapi isteri juga perlu tahu bahawa bercantik-cantik dan berhias juga digalakkan utk si suami...


jom ana kongsikan sedikit petua utk si isteri....suami pon boleh tau...dan kpada bakal mnjadi suami dan isteri pon boleh tau...."sharing is caring" soohh???(lahjah arab -sah)hehe...^____^

  1.  Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
  2.  Tiup dalam air dan minum.
  3.  Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.



Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38:

  • Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa(35) 
  • Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)(36) 
  • Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya(37) 
  • (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya.(38)





Allah itu Maha Bijaksana...sebab setiap yg kita impikan dan mahukan dia akan beri kita cara dan jalan utk kita usaha merealisasikan...siapa kita dan di mana kita... DIA tetap bersama.....usaha,ikhtiar dan mohonlah padaNYA....Biiznillah InsyaALLAH...
~selamat mencube dan selamat beramal~



 Ana Farhana          
   Alexandria,Egypt


                                                                                       
                                                                                                                         

~CINTA~


Cinta itu buta
namun
Cinta itu bahagia
tetapi
Cinta xbisa dipaksa
kerana
Cinta utk selamanya
hatta
Cinta ke syurga
dengan
Cinta hasil redhaNYA
itulah
Cinta utk manusia
supaya
Cinta tidak disalah kata
bagi 
Cinta yg xtahu punca
sebab 
Cinta sampai syurga
adalah
Cinta dia keranaNYA


Ana Farhana
Alexandria,Egypt
                                                                                                   

Tuesday 8 May 2012

Coretan Mujahidah Al-Azhar




Saat terpancar sang suria,
menerangi segenap bumi anbia'
saat itu kaki melangkah nyata,
bangun meredah pelusuk bangsa,
berpusu-pusu mengejar masa,
sempatkah aku ke kuliah pertama,
wajarkah aku mengeluh sahaja,
tanpa penat lelah mengejar harta,
bukan harta dunia yg dibangga,
tapi ilmu di azhar yg melata,
mungkin tidak sehebat U bertaraf dunia,
biarlah ia tinggi di mata yg ESA,
tohmahan manusia jangan dikira,
sebab mereka adalah manusia,
hanya petah berkata tanpa periksa,
bukan itu penghalang segala,
niatku satu untuk menimba,
ilmu ukhrawi yg dikira,
demi agama dan bangsa,
meraih CINTA MAHA KUASA.....
                                       
                                                     Ana Farhana
                                                        Alexandria ,Egypt

ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...