anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Tuesday 8 September 2015

TEPAT BUKAN CEPAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t
Cuaca hujan yang dingin membuatkan jari guan ingin menaip. Bukan lah kerana hati gundah bergulana, Cuma ingin meluahkan secebis rasa.Haha (bakpe skema sangat ni ana oi)

Dalam tahun ni terlalu banyak ujian yang perlu aku tempuh. dari segi kerjaya atau cinta.
Sebagai manusia biasa, apa sahaja yang aku lakukan aku pasti mahu yang terbaik dan mengikut segala perancangan yang dah aku tetapkan. Namun, dari sudut segenap penjuru hati dan rasa, aku tahu Allah jua telah menetapkan suatu ketetapan buat aku. Dah lama, sejak azali dulu. Aku mengalah.

Lumrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi. Aku pun manusia. Kan.
Kecewa tu dah biasa buat aku, tapi aku tak pernah serik.lagi dan lagi. Bukan ummi,abi, adik-adik dan sahabat tidak pernah menegur. Tapi aku degil. Masih cuba mempercayai harapan demi harapan yang diberikan. Akhirnya musnah ditelan zaman. Rasa itu telah berubah. Harapan membina masjid  itu hancur berkecai.

Kini, aku sedar….sejauh mana rasa sayang dan cinta kita pada manusia jangan sampai melebihi cinta, kasih dan sayang pada Allah dan Rasul. Kelak binasa. Biar berpada agar tidak jatuh tersungkur, tersembam, terluka , berdarah, parah.

Dua adik di bawah aku telah menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini dan akhir tahun lepas. Aku kecewa? Alahai kenapa perlu kecewa…Itu jodoh mereka, jalan hidup mereka yang Allah telah tetapkan sejak azali dulu.Sebagai kakak yang baik aku tumpang bahagia dan gembira. (baiklah sangat hahaha) dan aku harap dapat jadi maklong dengan cepat. kah!

Jodoh aku?
siapa aku untuk menjawab soalan itu, aku hanya mampu menjawab insyaAllah dan doakan ana. Walau dalam hati sedikit terusik. Aku kan manusia. Biasalah tu.

Kini usia ku sudah lanjut 26. Masih ada masa sebelum 30. hahaha. bak kata sahabat. Relax lah kak ana.Muda lagi tu. sambil ketawa. eh eh… lempang kang!

Chill lah. Jodoh tu akan sampai pada masa yang tepat bukan masa yang cepat. Persiapkan diri. Kau tu masak pon tak pandai lagi ana. hahaha

psst…Tengah keje pun boleh tulis blog lagi. oklaah, doakan ana ye. Moga Allah berkati hidup kita semua. Semoga maju jaya. J

SELASA
8 September 2015
Bandar Baru Bangi, Selangor.







Saturday 25 April 2015

TIPS PENJAGAAN TUDUNG/SHAWL

Assalamualaikum wbt.
Hari ini ana nak berkongsi sedikit tips penjagaan tudung. Btw tak ambil mana pon tips ni, sedikit berkongsi cara ana menjaga tudung agar kekal nampak seperti baru *cewah ayat *
1. Untuk mengekalkan warna tudung supaya tidak kelihatan pudar dan kusam, pastikan tudung anda di basuh asing daripada baju yang lain. Khaskan masa anda untuk membasuh tudung sahaja. *rajinkan diri*
2. Untuk mengekalkan kecantikan tudung supaya tidak mudah tercarik atau rosak. Pastikan anda membasuh tudung dengan tangan dan bukan mesin.
3. Untuk memastikan awning tudung tidak lembik dan bergelembung something, anda boleh lah membeli spray "easy on" yang berwarna purple. InsyaAllah cantik walau dipakai seharian.
4. Pastikan anda memakai jarum atau pin tudung yang tajam kerana pin tudung yang tumpul atau berkarat hanya akan merosakkan tudung anda.
Setakat ini sahaja perkongsian dari ana.
Tampil menawan dengan penampilan yang kemas. Orait?
ANA FARHANA COLLECTION
INSTAGRAM : @miftahfarha


ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...