anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Thursday 22 August 2013

Evakuasi lagi.

Assalamualaikum w.b.t

Evakuasi lagi?
iyaaa...evakuasi berlaku lagi setelah berlaku pergolakan di Mesir yg ku kira melampau.
Evakuasi kali ni berbeza dari evakuasi ana yang dulu sebab evakuasi kali ni sukarela.
Kitorang boleh buat keputusan utk terus stay atau pun pulang bersama tiket tajaan dari Kerajaan Malaysia.
Ramai yang balik ku kira dan ada juga yg memilih utk tinggal di Mesir memandangkan Mesir masih stabil dan atas alasan-alasan tertentu. Dan tiket utk kembali ke Mesir adalah atas tanggungjawab diri sendiri.

Ana?
Balik ke tidak?

Waaaaaaaaaaaaaaa....*tetiba*

Alhamdulillah Ana sekarang berada di tahun 4 Syariah Islamiah yakni tahun akhir.
Sebelum ni, Ana menganbil keptusan utk terus stay di sini sampai natijah(result) keluar dan selesaikan secara keseluruhan semua urusan di sini bersama sahabat tahun 4. Lagipun masa tu Ana rasa Mesir masih aman dan stabil. Tahun akhir baik settle kan semua baru pulang kan. Lebih mudah dan tak mnyusahkan org lain. Tak gitu...Hurm.

Raya pertama kedua ketiga sehinggalah raya keenam di perantauan meriah seperti biasa....Tapi raya ketujuh Mesir Berdarah. Dan bermula dari episod tu tercetuslah evakuasi . Bimbang keselamatan kami di sini.

Sebenar benarnya.....
Hati ni terlalu berat utk pulang ke Malaysia walaupun tiket itu di taja, Free la kan.
Ramai yg kata...baliklah. Tiket free tuuu...Bukan senang nak dapat tiket free...

Yer betul tu kawan-kawan tapi Ana dan sahabat tahun 4 di Alexandria ni "dilema"
Result belum keluar...Ape ape boleh terjadi...Samaada NAJAH (Alhamdulillah) atau pun gagal banyak subjek atau gagal 2 subjek. Korang mesti tak faham kan...herm.

Meh Ana nak terang sikit secara rambang.

Tahun 1,2,3 (pengajian islam dan bahasa Arab)
Mungkin tidak ada masalah utk pulang ke Malaysia kerana kuliah dijangka buka awal bulan 10.
Lama jugak cuti kalau dapat balik. Boleh juga bekerja kan.
Tapi masih ada yg stay,,memikirkan tiket kembali ke Mesir tajaan diri sendiri. (Mesir masih stabil)

Tahun 4.

Kami ada 3 keputusan:

1)Najah...(berjaya)
2)Tak najah...(gagal,nauzubillah)
3)Tasfiah

1. Alhamdulillah diberi rezeki najah, Tiada masalah utk buat pilihan samaada terus stay atau pulang.
2. Tak najah. Gagal 3 subjek atau lebih.dan akan dibawa pada tahun seterusnya sebab kami di sini tiada
repeat pada tahun yg sama dan akan repeat ke tahun seterusnya. Tiada masalah juga utk buat pilihan             samaada terus stay atau pulang.
3. Tasfiah. Tasfiah ni adalah exam khas utk pelajar tahun 4 sahaja...
Yakni pelajar yg gagal 1 atau 2 subjek. Al-Azhar beri keistimewaan utk repeat selepas natijah di                   keluarkan. dan tarikh exam tu 7/9/2013 ni.

*harap korang faham serba sedikit*

Ada sahabat ana yg dah keluar natijah seperti di Cairo,Dumyat memilih utk terus stay di Mesir memandangkan exam tasfiah beberapa minggu lagi. Kami di Alex sangat2 sukar buat keputusan memandangkan natijah masih belum keluar.

Sangatlah susah utk Ana membuat keputusan sedangkan natijah masih tergantung.
Dan keputusan perlu di buat dalam masa secepat mungkin. Kalau natijahnya tasfiah,hanya dalam seminggu lebih di Malaysia dan perlu datang kembali utk menduduki exam Tasfiah.Allah...terlalu berat utk di fikirkan. Duit...ya duit utk pulang ke sini... Robbuna yusahhilna.

Migrain bila memikirkan.

Ana masih menunggu nama naik utk pulang ke Malaysia.

Tawakaltu alaAllah.

Sahabat-sahabat. Doakan Ana serta kawan2 najah dan beroleh kecemerlangan di dunia dan Akhirat.

Allah sebaik-baik perancang.
Aku hanya hamba yg tiada daya menolak kehendakNya.
Moga ini yg terbaik.

"Aku pulang...Ummi abi risau..."


Sekian,


Ana Farhana
Alexandria,Egypt.

Tuesday 23 July 2013

Aku masih di sini.

salam 15 Ramadhan.

Masih belum terlewat untuk mengucapkan Ramadhan kareem kepada kalian semua.
Semoga amalan kita di bulan yg mulia ini lebih mendekatkan kita dengan Tuhan yg satu Allah SWT.
Banyakkan memohon keampunan kerana bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan segala dosa-dosa kita yg lalu maka memohon ampunlah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. 

Aku masih di bumi kinanah ini.
Terus mengembara dan mengembara
merentasi liku-liku kehidupan
Mencari ibrah sebalik kejadian

Aku masih lagi di sini
Bagaikan seorang yg kelaparan
Mencari suapan rohani 
bagi mengisi dalaman yg kosong ini.

Aku masih disini
melihat budaya manusia di sini
Lainnya tak sama seperti di negara sendiri
namun keduanya di sanubari

Aku masih di sini
Terus mencari erti sebuah kehidupan yg berkualiti
mengenali lilin lilin yang menerangi bumi
mengharapkan rembesan cahaya 
yang bakal menerangi alamku di sana nanti

Aku masih di sini
mencari permata di timbunan kaca
semoga menjadi bekal di sana
Yang aku tidak pasti bila.

Thursday 20 June 2013

yeay! kholas imtihan...

Errr xfaham ker makna entry ni? ok. kholas tu maksudnya habis. Dalam bahasa arab ammiah.

 Alhamdulillah, akhirnya setelah sebulan dua ni berhempas pulas tenaga badan dan fikiran,semuanya dah berakhir. Imtihan tahun 4 syariah telah tamat 18.06.2013 hari tu. Rasa macam baru je terlepas satu ikatan. Cewah. Penat juga exam ni. Banyak pula tu dugaan exam kali ni. Macam macam rasa ada. Masam manis pahit tawar...........................


  Dalam sedar tak sedar,sudah 4 tahun aku menuntut ilmu di Mesir ni. Pejam celik pejam celik 4tahun rupanya.Rasa seperti baru semalam ummi abi hantar di airport, rasa baru semalam menjejakkan kaki di bumi anbiya' ni,dan rasa baru semalam menangis atas katil sesenyap tanpa kakak kakak senior tau yg aku sangat rindukan tanah air,semuanya rasa seperti semalam,hakikat sebenar sudah hampir 4 tahun cik ana. *tampar-tampar pipi* oh kembali tersedar... :) Banyak suka duka yg dah aku lalui juga proses tarbiyah yg aku terima di sini.

 Kakak senior selalu pesan, berkorban sebulan utk setahun. Bagi penuntut U lain mungkin akan tertanya-tanya kenapa....sebab kami di sini kalau xlulus lebih dari 2 subjek(madah) perlu ulang tahun. Bukan seperti universiti lain. Repeat mungkin xda masalah bagi mereka pada tahun yg sama. Namun tidak di UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF.Perkataan "GAGAL" adalah sangat menakutkan. Dan secara tak langsung perlu dilanjutkan lagi tahun yg sepatutnya hanya 4 tahun. Ujian. Allah tahu mereka mampu. :)

Moga segala usaha yg telah aku curahkan pada exam tahun ni bakal membuahkan hasil yg enak lagi ranum. Aku nak balik Malaysia tahun ni. Ini tekad aku.Kini masanya aku pula membalas jasa ummi abi. 

Sebanyak 12 subjek aku duduki peperiksaan.
Fasa lepas(winter) sebanyak 5 subjek,
Bahasa Inggeris
Qawaid Fiqhiah
Adab Balaghah
Tafsir Ayat Ahkam
Qoah Bahas Qawaid

Fasa ni (summer) sebanyak 7 subjek
Al-Quran 4 juzuk
Fiqh Syafie
Qodoya Muasarah
Hadis Ahkam
Qoah Qodoya
Usul Fiqh
Fiqh Muqoron

Oral test
Al-Quran
Fiqh Syafie
Usul Fiqh
Fiqh Muqoron

Fuhh..Alhamdulillah. 

Ujian exam aku kali ni bila hilang kad atm dan juga demam+migrain.
Tak terdaya langkah kaki ini.
Akhirnya dalam ketidak mampuan aku.
Aku lalui juga.
Ini bermakna aku sememangnya mampu.
Dan Allah tau kemampuan hambanya dalam menghadapi ujian yg diberi.
Terima kasih ya Allah.

Akhirnya. Berdebar menanti natijah(result) 
Penentu aku selama 4 tahun di sini.
Sama ada aku akan grad bersama kawan-kawan atau sebaliknya(nauzubillah)
Kini masanya kuatkan DOA!
Aku harap kejayaan kali ni aku dapat meraikan bersama kawan-kawan pengajianku semua :)
Tidak kira kos ape dan siapa kamu.
Bittaufiq wannajah.

Sedih. 
InsyaAllah seandainya diberi rezeki aku berjaya.
Aku bakal meninggalkan tanah anbiya' ini.
Dan aku yakin aku pasti merindui.
Terima kasih duktur dan dukturah(prof)
Atas segala tunjuk ajar kalian.
Juga pada sahabat sahabat 4 syariah.
Moga kejayaan milik kita bersama.


Sedikit halawiyat dariku.

Hadapan kuliah tercinta bersama sahabat 4syariah.

tunggu masa kena panggil dengan dukturah utk di soal.

amboi khusyuknya

 masing-masing sabar menantiutk dipanggil dukturah :)

 Inilah duktur Abdullah Qandil. Dia sangat baik. Sporting.
Salah sorang duktur yg soal aku. 

 Inilah dewam exam kami.

Ini juga dewan exam. Tapi lain dari yg lain sebab di luar kelas. Exam di tempat laluan lalu lalang. 
Tak jumpa di U lain. ^_^

Inilah kuliah ku yg tercinta.

Sekian.

Ana Farhana
Alexandria Egypt



Sunday 26 May 2013

Imtihan sebelum imtihan.

(sekadar gambar hiasan)
Sehari  sebelum exam(25.5.2013)

Hari ni nak masak sedap untuk ahli bait lah. Rasa hati yang indah ini membuat aku rasa seronok untuk memasak.Ye, kami memang ada giliran memasak. Maklumlah musim exam jadual masing-masing lebih teratur.Aku masuk ke dalam bilik dan bersiap sedia untuk keluar membeli barang basah untuk menyediakan santapan makan malam kami. Dengan muka yang agak ceria,aku membuka dompet. Dan mula perasan, Kad bank ATM xda dalam ni... Mula mula tu rasa mungkin tersalah letak,sama ada aku ada keluarkan dan letak di tempat yg lebih selamat. Oh itu ayat menyedapkan hati sebenarnya. Dengan rasa tenang dan cukup sabar aku mula menyelongkar segala bag, kitab baju dan segala tempat yg aku rasa aku pernah letakkan kad bank di situ. Namun HAMPA dan ia TIADA.

Sebagai 'chef rumah' pada hari tu, aku gagahkan kaki juga untuk keluar beli barang masak,namun hati yang amat gembira tadi bertukar gundah gulana. Maaf ahli bait tersayang. Santapan indah dalam bayangan hanya tinggal bayangan dan tidak dapat di realisasikan. Dan menu yang aku mampu sediakan dengan perasan yang bercampur baur.....Sup telur...Jadilah, rezeki hari ini. Alhamdulillah.

Operasi yang tergendala tadi tetap diteruskan dengan sabar. Namun perasaan risau yang mengatasi membuat hati sedikit rasa nak marah. Lagi lagi bila semua tempat telah di selongkar dan bersepah namun masih tidak ditemui. Ya Allah..............esok aku exam. Mata mula berkaca. Nangis laju laju.


Akhirnya, dengan lajunya aku buka laptop dan mendail nombor ummi.
Aku bercakap dengan adik kedua,ilah nama timangannya. Dulu sebelum aku datang Mesir,aku ada buat akaun hsbc,akaun itu dinamakan akaun bersama,aku dan abi. Katanya kalau apa apa terjadi,abi boleh uruskan di Malaysia. Alhamdulillah berguna juga akaun bersama ni.Dan setiap kali ada pengeluaran atau transfer duit dan sebagainya akan sampai mesej pada nombor ummi. Last aku buat pengeluaran pada 21.5.2013 sebanyak 200 genih. Lagipun dah akhir bulan. Tak rasa nak keluar banyak. Dan bila tanya ilah, ilah kata selepas pengeluaran 200 genih tu ada pengeluaran sebanyak 400. Ya! memang betul lah kad aku di kidnap. Terus adik aku bagi telefon pada ummi.

Sebak! tak boleh nak cakap. ummi pelik aku nangis sebab tak tahu kenapa. Aku senyap sambil tersedu sedu. " Ummi,kad bank kak long hilang" ummi terkejut. Terus di paskan telefon pada abi. di sinilah bermula episod nangis lagi laju laju. Abi..lelaki kan, dia tak marah cuma ada nada tegas di situ. Aku ni hati kecik sikit. ;agi la kuat tangisan aku. Hahaha malu plak rasanya. Hilang macho aku sebagai kak long. Abi kata camana boleh hlang. Bru perasan pulak tu. dah 4 hari.

Imbas semula kejadian di pasaraya Fathallah yang terletak di Mandarah,Alexandria.
Aku keluar duit dan ditemani seorang kawan. Tapi yang aku pelik,ada seorang makcik arab ni bileh pulak tengok aku keluar duit dan siap tengok aku tekan-tekan. Aku dan mula rasa tak sedap hati. Kenapa plak makcik ni duduk dekat-dekat ni. Tapi husnudzon aku pada makcik tu lebih kuat dari suudzon. selepas aku keluar 200 genih aku masukkan semula kad untuk cek baki. Dan selepas itu aku tak ingat dah apa yang berlaku. Sama ada aku terlupa ambil kad selepas amik resit atau memang aku di pukau. Nauzubillahi min zalik.

Dan pada 25hb baru aku perasan cik kad ATM tu xda di dalam pelukan dompetku. Ahaa...Gelabah kau!
Dari situ lah...mungkin. Akhirnya abi call hsbc dan block kad atm aku tu. Ummi pula menenangkan aku yang teresak-esak bagaikan seorang kanak-kanak. Kak long manja kot. Ahaks! hihihi Ummi dan abi kata jangan risau dah selesai semua. Alhamdulillah makcik tu 'baik hati' tak amik semua duit dalam akaun tu. Banyak tak banyak pun beribu jugak dalam tu. Kalau dia amik semua mau nangis terlebih lagu aku.Alahmdulillah masih tertulis rezeki tu untuk aku. syukran Ya Allah. Pihak bank ada beritahu,400 yg di keluarkan selepas aku keluarkan duit tu jangka masa hanya 3 minit.Pergh cepat buat keje.

Aku akan ikat perut lah selama kad bank xda ni.ahahaha bajet je kau nyah. InsyaAllah kad baru akan sampai 10.6 nanti. Alhamdulillah alhamdulillah. Ana Farhana mohon selepas ini lebih berhati-hati,dan haaa... korang yg terbaca entry ni. hehe
-Keluar duit tu bacalah doa ape2 dulu,
-kalau perempuan jangan keluar sensorang.
-pandang kiri kanan
-husnudzon biar bertempat ye sayang!
-kalau nak tekan no pin tu seeloknya kalau boleh bongkokkan badan korang tu sampai tak nampak,buat je,peduli orang nak kata, ahaha :)
-Alert sekeliling korang.

sebenarnya selepas keluar duit,ada cakap pada kawan,pelik dengan makcik tadi,bleh plak dia mnyendeng-nyendeng time orang nak keluar duit. Rupanya hati yang kurang senang itu ada jawapannya. Inilah...kad saya hilang.uhuk3
Ape pon makcik. saya halalkan duit tu pada makcik. Harap makcik insaf yer. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas. :)

Pengajaran utk aku...Lebih berhati-hati selepas ini.

Inilah imtihan sebelum imtihan yang aku alami.
Alhamdulillah lebih tenang utk menghadapi exam.
InsyaAllah ada hikmah yang Allah nak beri padaku.
InsyaAllah najah kabir dalam imtihan akhir degree. Ameen.



Ana Farhana
Alexandria, Egypt 

Saturday 18 May 2013

FINAL EXAM!




Firman Allah taala bermaksud..:"Tidak aku bebani seseorang itu melainkan atas kemampuannya"

setiap kali resah melanda diri...kalam Allah yg terindah inilah menguatkan aku...
InsyaAllah aku jua sahabat-sahabat mampu menghadapi imtihan ini dengan berjaya dan tenang...teringat ana pada kata-kata ini..."meskipun Rasulullah yakin dengan adanya perlindungan dan bantuan Allah kepadanya,perkara ini tidak menghalang Nabi utk berusaha yg selayaknya bagi manusia"...Nabi yg dijanjikan Allah Taala hakikat Syurga masih terus berusaha...apetah lagi hamba seperti kita...

Kejayaan itu bukanlah satu destinasi,tetapi ianya satu perjalanan,teruskan lagi perjalanan utk mencapai destinasi yg hakiki dan lebih kenal CINTA ILAHI.
Kejayaan bukanlah menjadikan kita hebat,
Tapi menjadikan kita hamba yg bersyukur,
Kegagalan bukan untuk mematahkan semangat,
Tapi kegagalan adalah kejayaan tertangguh dari Allah utk kita.
Supaya kita berusaha dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh.!

Firman Allah Taala bermaksud :
"Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan kebaikan." 

[Al Isra' :19]


selamat berimtihan kepada semua sahabat...maafkan segala salah silap ana...bittaufiq wannajah utk semua...moga kejayaan menjadi milik kita bersama...doakan bersama...
berusaha...seterusnya berserah padaNya "cukuplah Allah untuk menolong kami dan ia sebaik baik pengurus(yg terserah kepadanya segala urusan kami)"

(Allahumma inna nas aluka 'ilman la yunsa...Ammen)
Ya Allah aku memohon dariMu ilmu dan ilmu itu tidak aku lupa(berterusan)



#ana bakal menghadapi final exam pada tarikh 26.5.2013 utk tahun terakhir di peringkat ijazah. Mohon sahabat doakan kejayaan ana dan kawan2 di sini. :)


fikir sejenak ^_^


Ana Farhana
Alexandria,Egypt

Saturday 2 March 2013

Hatiku terpana...


"Dan Allah sentiasa menolong hambaNya selama mana ia menolong saudaranya"

Hari ini hatiku benar-benar terkesan...terpana atas teguran direct dariNya....
Alhamdulillah dalam keadaan yg kelam kabut harini,ana tolong sahabat pergi membeli tiket,transfer duit dari akaun ke akaun,kebetulan bank di situ tidak boleh mmbuat pengeluaran wang tunai...akhirnya kami pergi ke bank lain,jalan Alexandria yg memang kebiasaan jem dan macam2 masalah yg timbul...ditambah dgn mesir sudah di hujung musim sejuk...cuaca mula panas...hati masing2 agak kurang sabar dgn situasi itu...tetapi...di tengan perjalanan,tiba-tiba datang seorang lelaki arab muda menghampiri ana...dan memberiku sekeping sticker...ohh rupanya dia pekak dan bisu...aku hulurkan segenih(duit mesir) tanpa membaca apa yg tertulis di sticker itu...dalam hati terdetik "oh Allah nak bagi pahala bersedekah agaknya" dan bila ana memandang sticker tu dan membaca ayat yg tertulis di situ "Dan Allah sentiasa menolong hambaNya selama mana ia menolong saudaranya" ana terpana dan tersentak...Allahu Rabbi..Allah mengingatkan diri ini rupanya...beru ana teringat sebaris kalam ini "kalau kita mudahkan urusan orang lain,insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusan kita pula" hilang rasa penat..kembali tajdid niat menolong sahabat tadi...biasalah kita tetap manusia biasa...sukar rasanya dgn mudah melahirkan rasa redha,sabar,ikhlas...namun Allah tahu..terima kasih yaAllah....semoga Allah mempermudahkan urusanmu sahabatku...Allahu Musta'an...


Ana Farhana
Alexandria , Egypt.

Sunday 17 February 2013

Seri Ayu versi perantauan...

assalamualaikum....lame rasanya ana xmengupdate blog ni...mood nak menulis tu xda gamaknya...tapi hari ni rasa nak kongsi sesuatu dgn sohabiah semua...haha macam program masak2 pulak..ok xkisahlah kan..kalau korang nak cuba resepi ni silakan yer..kalau xjadi tanggung sendiri..hihihi xdalah...insyaAllah waktu nak buat tu niat elok2...ukirkan senyuman korang yg paling manis gitu..insyaAllah biiznillah kuih seri ayu korang akan ayu macam korang jugak...kalau lelaki kuih seri ayu tu jadi macho gitu..hehe mengarut dah ni...ala kulli hal selamat mencuba yer...

inilah hasil seri ayu yg dah siap....^_^ nampak macam sedapkan...

bahan-bahannya :
(untuk satu adunan)
3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan @ susu
1 sudu baking powder
1 sudu ovelete
sedikit perasa pandan
sedikit pewarna hijau
kelapa
garam


PROSES PERTAMA :



Langkah pertama...
pukul telur putih sampai kembang...(telur putih je ye puan2,telur kuning asingkan dulu) pukul telur tu sampai kembang...sampai kalau terbalikkan bekas tu pon xterjatuh telur tu...

Langkah kedua...
masukkan gula kacau selepas tu campurkan telur kuning yg di asing tadi...kacau sampai sebati

Langkah ketiga...
masukkan tepung gaulkan dan letakkan ovelete ,kemudian masukkan baking powder,perasa pandan, dan santan @ susu...gaul sampai sebati last sekali titikkan pewarna hijau...ikut sukahati korang la nak letak banyak mana...hihihi 

PROSES KEDUA ;

kukus kelapa dan campurkan sedikit garam...gaul sampai sebati....

kemudian letakkan dalam acuan kuih seri ayu dan tekan santan tu supaya nanti kuih seri ayu tu cantik je bila kita keluarkan dia....macam ni ok...


dah siap tu kita kukus plak....


berapa lama kena kukus??emm ikut korang la...kena selalu tengok la...tapi xlama pon....


ok..sampai sini saje tunjuk ajar ana utk tuan puan dan cik sekalian...sebarang kekurangan harap dimaafkan..ana pon budak baru belajar...haa..ana ni pakai cara manual sbb dok perantauan kan..,save bajet katakan...kalau korang ada mixer lagi ahsan gitu...ok selamat mencuba ye...ingat baca bismillah dulu sebelum buat...


Ana Farhana
Alexandria,Egypt

ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...