anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Saturday 25 April 2015

TIPS PENJAGAAN TUDUNG/SHAWL

Assalamualaikum wbt.
Hari ini ana nak berkongsi sedikit tips penjagaan tudung. Btw tak ambil mana pon tips ni, sedikit berkongsi cara ana menjaga tudung agar kekal nampak seperti baru *cewah ayat *
1. Untuk mengekalkan warna tudung supaya tidak kelihatan pudar dan kusam, pastikan tudung anda di basuh asing daripada baju yang lain. Khaskan masa anda untuk membasuh tudung sahaja. *rajinkan diri*
2. Untuk mengekalkan kecantikan tudung supaya tidak mudah tercarik atau rosak. Pastikan anda membasuh tudung dengan tangan dan bukan mesin.
3. Untuk memastikan awning tudung tidak lembik dan bergelembung something, anda boleh lah membeli spray "easy on" yang berwarna purple. InsyaAllah cantik walau dipakai seharian.
4. Pastikan anda memakai jarum atau pin tudung yang tajam kerana pin tudung yang tumpul atau berkarat hanya akan merosakkan tudung anda.
Setakat ini sahaja perkongsian dari ana.
Tampil menawan dengan penampilan yang kemas. Orait?
ANA FARHANA COLLECTION
INSTAGRAM : @miftahfarha


ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...