anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Saturday, 23 June 2012

pilihlah kerana AGAMAnya....




..Kecantikan bukan segala-galanya.... pandanglah dia dengan iman... bukan dengan perasaan... jika kamu ingin bahagia dunia akhirat.. pilihlah dia kerana ilmunya, dan akhlaknya, bukan kerana kecantikannya... Andai kamu yakin setiap yang hidup pasti mati, kamu tidak akan memilih paras rupa dalam membuat keputusan sebelum bernikah dengannya....

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;
“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]



~Ana Farhana-Alexandria,Egypt~

Saturday, 2 June 2012

Warkah dari sahabat...




Pang!!!... Satu tamparan tepat menerjah segenap ruang pipiku.
Dunia seakan berhenti bernafas.Bisanya hanya Allah yang mengetahuinya,kebasnya masih terasa mengalahkan ubat bius di hospital.
"Jamilah,kamu ingat kamu tu siapa?!nak jadi gengster ke kat sekolah ni?!"marah ustazah Zahira atas tindakan yang dilakukan oleh jamilah.
Miftahul Jamilah nama yang cukup indah seanggun pemiliknya seorg gadis kacukan cina dan melayu.Wajahnya yang ayu dan cukup sempurna namun terselindung di sebalik sifatnya yang ganas seperti 'tomboy'.Sebut saja nama jamilah atau jay memang cukup terkenal di sekolah itu. Malahan tiada siapa pun yg berani mendekati atau mencari pasal dengannya.
Hatinya benar-benar geram apabila mengingati kejadian yang berlaku siang tadi.Kalau bukan disebabkan oleh perempuan tu wajahnya mungkin dapat diselamatkan dari menjadi habuan tamparan tadi.Fikirannya segera melayang mengingati kejadian itu.
"Kau tau tak, ada orang tu.. tak pernah nak rasa bersyukur dengan kurniaan yg Allah bagi kat dia,muka bajet macho padahal lembik jer.Kalau dah perempuan tu jadi je lar perempuan,tak payahlah nak berlagak diri tu macam hebat sangat"kata Hani pada rakan-rakannya yg duduk semeja sambil menikmati santapan tengahari.Jamilah yg sedang minum tersentak dengan sindiran sinis yang dilemparkan kepadanya.Dia tidak menyangka dirinya menjadi topik perbualan yang kumpulan musuhnya itu"Ishh...ni sudah lebih ni,lame dah aku bersabar dengan minah sorang ni"bisik hati jamilah."ko pehal jeling-jeling kat aku???ada masalah yang belum selesai ngan aku ke?terasa??ha ha ha.kesian.Tuhan dah anugerahkan sebagai perempuan tu jangan la berlagak nak jadi lelaki..."Sinis Hani sekali lagi memanaskan hati Jamilah.Hati Jamilah membara,sakit hati dengan kata-kata perempuan itu yg seolah-olah mengejeknya.Walaupun perempuan itu tidak menyebut namanya tetapi dia pasti dialah orang yang dimaksudkan.
Belum sempat Hani meneruskan kata-katanya lagi satu tumbukan padu hinggap di bibirnya."haa!!rasakan kau tumbukan power dari aku...hahaha..."puas hati Jamilah.
"Kenapa kau tumbuk dia Jamilah?"soal Atiqah."Biarkan,baru puas hati aku,sape suruh cari pasal dengan aku"jawab Jamilah dengan nada yang puas.Atiqah adalah sahabat yang sentiasa berdamping dengan Jamilah,di mana ada Jamilah di situ ada Atiqah bak kata pepatah'bagai isi dengan kuku' ataupun 'belangkas'.peribadi Atiqah yang lemah lembut,sopan santun,serta ayu bisa menggegarkan hati sang teruna apabila bertutur dengannya.namun atiqah bukanlah seorang perempuan yang mudah termakan pujuk rayu sang lelaki.baginya lelaki yang bakal menduduki takhta di hatinya hanya insan yg bergelar 'suami'.

 Keesokan harinya,Jamilah dipanggil ke bilik guru disiplin.namun Jamilah tahu habuan yang bakal dikenakan padanya.Jamilah telah digantung sesi persekolahannya atas tindakan yang dilakukannya.bukan sekali dua amaran yang telah diberikan padanya tapi sudah diberi amaran yang terakhir kepadanya.

 Di bawah pohon rambai itu Jamilah menangis teresak-esak.sebak di dada tidak dapat dibendung lagi.Terimbau kenangan lalu yang menjadikan dirinya berubah sedemikian rupa.Bagi Jamilah ibu lah segala-galanya.dialah penghibur jua pengubat duka lara.Istilah bapa tidak pernah wujud dalam kamus kehidupannya.Cukuplah derita dan sengsara ibunya menjadi mangsa bapanya yang rakus dengan dunia perjudiannya.Tidak mengira siang atau malam,badan ibu penuh dengan kesan lebam dan kesan biratan tali pinggang bapanya.Yang bapanya tahu hanya meminta dui, duit,dan duit.Aku yang masih kecil hanya mampu melihat kesengsaraan yg dialami oleh ibuku.

 Terngiang-ngiang kata-kata ustaz kepada kami sekelas" SI SUAMI adalah yang menjadi TUNGGAK UTAMA dalam sesebuah keluarga, suami jualah yang akan MEMBENTUK peribadi ISLAM dan IMAN dalam keluargamu..maka, awasilah..perhatikanlah dan DIDIKLAH keluargamu mengikut ACUAN Allah..jauhi sifat dayus dan jalankan tanggungjawabmu...Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian padanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkan kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang) riwayat Abu Daud" 

 Aku semakin keliru.Kenapa bapaku tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah?.Biarlah kekeliruan itu berlalu pergi.Bapaku telah lima tahun meninggalkan ibuku keseorangan,tetapi ibuku seorang yang cekal dan tabah,sedikit pun tidak pernah mengenal erti putus asa.Aku bangga dengan ibuku.Lantaran kecewanya aku dengan tindakan bapaku,aku mula membenci insan yang bergelar lelaki!!!.ibu pernah berkata"kita perempuan ni kena kuat,jangan pernah mengeluh dengan ujian yang Allah berikan,ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita sayang"terpujuk hati ini atas kalam-kalam ibuku.
"Jamilah....."tersentak aku dari lamunan mendengar suara yang sentiasa ada bersamaku tika diri ini dalam kesedihan.
"Atiqah....."aku menjawab panggilannya dengan nada sendu.
Aku memeluknya diiringi dengan esakan tangisku.
"Sabar ye Jamilah,mungkin ada hikmah di sebalik ujian ini"ujar Atiqah memujuk hatiku.

 Selepas 5 tahun berlalu,aku telah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah.Atiqah telah banyak membantu diri ini berubah ke arah yang lebih baik disamping tarbiyah yg aku perolehi di bumi Anbiya' bumi barakah Mesir.Alhamdulillah aku telah menjadi seorang perempuan yang bertudung litup labuh menutupi dada.Pakaianku jua telah berubah.jubah adalah pakaian kegemaranku.Terima kasih ya Allah atas anugerah ukhwah yang Kau berikan padaku.Atiqah adalah sahabat jua teman sejatiku yang sering membimbingku.terima kasih Atiqah atas warkah darimu 5 tahun lalu untukku.Akan aku sentiasa sematkan dalam jiwa.Inilah hikmahnya sahabat!


Assalamualaikum sahabat sejatiku
“Aku mencintaimu kerana Allah”…Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …Ketika aku menjaga rahsiamu …Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
    
     Sahabat,
 Apabila dirimu memerlukan KEKASIH maka pilihlah ALLAH..apabila dirimu memerlukan RAKAN maka pilihlah AL-QURAN..apabila dirimu memerlukan SOKONGAN maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati..kerana Dialah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah HILANG malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNya yang memerlukan.


 Kasih Ilahi TIADA SEMPADAN..tidak memilih siapa dan TIDAK BERAKHIR malah KEKAL selamanya..bersendirian tidak bermakna KESEORANGAN, tidak bermakna MENYEPI kerana diri masih "ada" yang MEMERHATI.. 
Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang TERBAIK untuk kita..usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..dan diakhirnya kelak nanti 
JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH.BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH.. 
Salam sayang dari sahabatmu.

Terima kasih sahabat atas warkahmu itu.


p/s: baru berjinak2 nak buat cerpen pendek....,cerpen ana yg pertama...niat di hati nak tulis novel...berangan dulu sebelum menggenggam realiti...hiii^^ insyAllah satu hari nanti...moga terealisasi!

~Ana Farhana-Alexandria,Mesir~

Thursday, 31 May 2012

bowling~~berjubah dan tudung labuh???

  Assalamualaikum kepada pembaca tegar blog ana....hihihi~~apa khabar iman mu di sana??ana??alhamdulillah masih dikurniakan nikmat yg paling berharga di dunia ini"nikmat iman dan islam"...right???(sohh...lahjah arab) belajar arab walau sikit sebab bahasa arab adalah bahasa SYURGA...Telah diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Awsat, al-Hakim, al-Baihaqi di dalaSyu’ab al-Iman dan selain mereka dari Ibnu Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Cintai orang Arab kerana tiga perkara, iaitu kerana aku adalah berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan bahasa ahli syurga adalah Arab”.
  
  Di samping kita merapu biar terselit sdikit ilmu...betul x??sebab ana pon bukanlah manusia yg begitu sempurna utk menukilkan ukiran yg indah di pandangan mata...a'la kulli hal mencuba utk menjadi yg terbaik tu adalah yang terbaik....



  Beberapa hari yg lepas,ana bersama sahabat ana...pergi bermain bowling...sekadar melepaskan rasa strees selepas selesai syafawi sebanyak 4 madah sekali gus...Al-Quran,fiqh syafie,fiqh muqoron dan usul fiqh(kalau korg xpaham...syafawi tu ujian lisan)...moga kejayaan mengiringi ana dan sahabat semua^^ ....bak kata kami di sini(nagah kabir....) ameen Ya Rabb....


  Jap2,lari dari tajuk asal ni...serius best main bowling....hilang stress study..hihi (xstrees pon saje alasan nak aktifkan badan setelah terperap kat rumah...struggle konon2..hihi)...Emm..dulu ana xtau plak kata boleh main bowling tau...serius xtau...


Main bowling tapi berjubah???salah ke...................??
xsalah lah..kenapa nak salah???pakai jubah pon boleh "strike" jugak kot...xperlulah kita persoalkan pakai jubah bnyak perkara yg membataskan kita....(bab syariat tetap ada batasan).."pakai jubah mane boleh buat tu,mane leh buat ni....susahlah labuh sgt,rimaslah,macam alim sangatlah" ...kata2 yg biasa kita dengar...kan kan kan...tapi xjadi masalah pon bagi ana...yg jadi masalah adalah persepsi masyarakat kita sekarang..."bajet alim la tu pakai jubah" ...realiti sekarang tapi hnya di Malaysia....kenapa ana cakap camtu??sebab kat mesir perkara tu a'di(biasa)...berjubah bertudung atau hitam semua just nampak mata pon masuk shopping complex tak asing di mata mereka...main bowling,mandi laut.....biasa di sini...=)


 Sekadar berkongsi cerita dan rasa...tutuplah aurat dalam setiap perkara yg kita lakukan wahai kaum hawa...kita juga boleh aktif...boleh bersukan...elakkan berpakaian ketat,seluar legging dan pakaian yg sama waktu dengannya...Sabda Nabi saw bermaksud;

“Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh”

 *Yang dimaksudkan dengan pakaian yg bertelanjang itu adalah pakaian yg tidak menutup aurat...

   Sama-sama kita muhasabah diri...


~Ana Farhana-Alexandria,Egypt~

Monday, 28 May 2012

Tahajjud mencantikkan wajah



 Khas buat kaum adam dan hawa di luar sana...ingin ana kongsikan tips kecantikan bersama...xsusah dan xsukar utk kita lakukan...tidak juga perlu bersusah payah utk mengeluarkan belanja yg mahal2 semata2 utk mencantikkan wajah...cuma perlu mengorbankan sedikit masa tidur...mudah bukan??kesan sampingan pon tiada utk kita risaukan...mudahnya nak jadi cantik..^^




 Tahajud mempercantik wajah.


Pernahkan anda duduk dekat ataupun memperhatikan wajah org ahli ibadah? Amatilah…wajahnya begitu bening, bersih, teduh dan bercahaya tanpa make up. Demikianlah Allah memberinya ‘NUR’ yang terpancar diwajahnya. Bagaimana dengan Rasul dan sahabatnya….?? Subhanallah…tentu tak dapat dibayangkan wajah Penghulu Syurga tersebut..Allahumma shalli ala Muhammad.


Siapa yang tidak ingin tampil cantik/kacak bercahaya seperti itu, terutama para ukhti . Kecantikan merupakan satu hal yang sangat diinginkan oleh para ukhti. Mereka para kaum Hawa itu banyak yang telah mencuba berbagai cara, baik dengan menggunakan berbagai kosmetik, pemutih atau menggunakan lulur, ekstrak bengkoang dan lain-lain agar wajahnya menjadi putih dan berseri. Semua yg disebutkan tadi kita sedia maklum ada mengandung zat-zat kimia yang berbahaya, kenapa tidak menggunakan cara yang satu ini? Apa caranya? Iaitu solat tahajjud di malam hari.


Berkata Imam Ibnul Qayyim, ”Sesungguhnya solat malam itu dapat memberikan sinar yang tampak di wajah dan membaguskannya. Ada sebagian wanita yang memperbanyak melakukan solat malam. Ketika ditanyakan kepada mereka mengenai hal tersebut, mereka menjawab, Solat malam itu dapat membaguskan wajah dan kami senang jika wajah kami menjadi lebih bagus. Demikian yang dituliskan oleh Mahmud Mahdi Al-Istambuli. Perlu juga diingat bahwa cara ini bukan saja dimonopoli kaum Hawa saja, kaum Adam pun perlu juga menerapkannya.


Keutamaan Shalat Tahajjud disamping hikmah diatas bagi yang melaksanakannya, solat malam ini pun mempunyai keutamaan yang lain berdasarkan Al Qur’an dan Al Hadist. Bahkan inilah yang lebih penting, yaitu :


1. Allah akan mengangkat ke tempat yang terpuji, dalilnya adalah “Dan pada sebagian malam hari bertahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”(Al Israa : 79).


2. Shalat malam dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat menghapuskan dosa, “Hendaklah kalian melaksanakan shalat malam karena shalat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang shaleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa. (HR. Tirmidzi)


3. Kemuliaan orang beriman ada pada solat malam Jibril berkata, “Hai Muhammad, kemuliaan orang beriman ada dengan shalat malam. Dan kegagahan orang beriman adalah sikap mandiri dari bantuan orang lain.” (Silsilah Al Ahadits Ash Shahihah no. 831).


Solat malam yang paling utama adalah pada sepertiga malam yang terakhir. Pada saat ini doa akan dikabulkan oleh Allah. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwasannya Nabi pernah bersabda: Allah turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir. Allah lalu berfirman, Siapa yang berdoa kepadaKu niscaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepadaKu niscaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepadaKu tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga fajar terbit. (HR. Bukhari dan Muslim).


  Biarlah tidak cantik di mata manusia tapi cantik pada pandangan DIA... 



~Ana Farhana-Alexandria,Egypt~

Sunday, 27 May 2012

malam exam ku yg ceria...

  Salam ceria di malam yang ceria,Alhamdulillah Allah masih lagi meminjamkan nikmat iman dan islam buat ana,rasa kerdilnya diri ini bila rasa syukur kurang dipanjatkan kepadaNYA...Satu kisah yg ana ingin kongsikan bersama pembaca2 semua...benarlah kata mereka lain orang lain cara lain orang lain bahasa...bukanlah ana ingin mengeluh di malam2 exam ini namun sebagai hambanya yg lemah,ana tidak terlepas dari rasa itu...benarlah Firman Allah Taala..."Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh." (Al Ma'arij : 19 ) ...bila di malam exam@imtihan stiap orang akan memfokuskan otak masing2 utk bekalan di medan juang esok....namun ape yg menimpa kepadaku juga roommate ku bila suasana bising di luar yg amat2 mengganggu konsentrasi kami serumah utk study...yup!nampak mudah namun.....hya sabar yg mampu kami smua lafazkan....bila arab mula mendendangkan lagu yg bak kata ana "boleh runtuh bangunan atau pecah gegendang telinga" nak kata betapa kuatnya ditambah dgn speaker yg besar....sabar ana sabar ^__^ (syukran Ya Allah ats nikmat sabar ini)
  Namun kecekalan serta kekentalan semangat dari sahabat menguatkan diri ini...."sekejap je tu...kejap lagi senyap la arab tu" hati menjadi lega sedikit walau ana tau majlis mereka bersurai dalam pukul 12 atau 1 pagi...robbuna yusahhil...ana pon terus memulakan langkah ke arah "najah" utk menghadapi hari esok...moga  ini adalah satu langkah ujian yg akan memberikan ana kejayaan satu hari nanti....baru sikit Allah uji ana...^__^..
  Gambar di bawah ini yg sempat ana rakamkan utk kalian...cantikkan lampu tu...seindah taman hati ini...moga Allah mudahkan urusan aku jua sahabat2 ku esok utk terus berjuang di medan Mu ya Rabb....
   
santekk an lampu tuh,leh pusing2~~

time ni kedai tu belom dirasmikan lagi...

  gambar dari atas beranda rumah ana~~

  Untuk pengetahuan kalian semua...arab ni bila dorang nak rasmikan kedai...macam nak  kenduri kawen...diorang akan pasang lampu berwarna warni,pasang lagu kuat2...dan akan berterusan sampai pukul 12pagi atau 1 pagi....terbaiklah(terbaiklah sangat...bila ape yg hafal dok dengaq lagu depa ja)...hari biasa xda masalah yg jadi masalah bila "malam exam" hihi~~sabor jelah....


~Ana Farhana,Alexandria~


Thursday, 24 May 2012

Pengasas Pondok Sungai Bakap



TUAN GURU HAJI YUSOFF BIN HAJI SAAD

 Kali ini ana menceritakan serba sedikit tentang pengasas PONDOK SUNGAI BAKAP,PULAU PINANG...Yang mana menjadi tempatku menimba ilmu ukhrawi suatu masa dulu...MADRASAH IRSYADIAH AL-ASYRAF AL-WATANIAH subur dalam ingatan....
Tuan Guru Haji Yusoff bin Haji Saad dilahirkan pada tahun 1918 di Kampung Relau, Bandar Baharu, Kulim Kedah. Namanya terkenal dan meniti di bibir masyarakat Seberang Perai Selatan dan utara Perak. Beliau telah diasuh dan dididik dengan penuh nilai keislaman serta kasih sayang oleh kedua ibu bapanya. Suasana itu menyebabkan beliau sangat disenangi oleh masyarakat kerana sikap lemah lembutnya tetapi tegas dalam perkara melibatkan akhlak anak-anak muridnya.
Pendidikan Awal
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan Kuala Kangsar, Perak iaitu sebuah madradah yang tidak asing lagi dimata masyarakat Islam di sebelah utara. Di situlah lahirnya ramaicerdik pandai dan agamawan yang ulung. Beliau memulakan pengajian bersama sahabat karibnya, Tuan Guru Ustaz Haji Ibrahim, yang juga sepupunnya. Setelah tamat pengajian beliau menyambung pengajian di Pondok Guar Chempedak, Yan Kedah yang ketika itu dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdullah Sanaf, seorang guru yang alim.
Setelah beberapa tahun kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Madrasah Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas yang dipimpin oleh seorang ulama yang sangat disegani ramai, Tuan Guru Haji Abdullah Fahim. Beliau sempat mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Abdullah Fahim. Kemudain beliau melanjutkan lagi pengajian ke Madarasah Manabiul Ulum Wamataliu’nujum yang ketika itu dipimpin oleh seorang ulama terkemuka bernama Syeikh Usman Jalaluddin al-Kalantani yang merupakan murid kepada Tok Kenali. Di sini kewibawaan beliau mula terserlah apabila beliau diamanahkan mengetuai usrah-usrah dan majlis muzakarah di madrasah tersebut.
Seterusnya beliau beriltizam untuk meneruskan pengajian ke gedung ilmu yang termasyhur iaitu Makkah. Hasrat beliau itu tercapai apabila tamat pengajian di Manbiul Ulum dan terus melanjutkan pengajian keMakkah. Ketika di sana beliau sempat bersahabat dengan beberapa tokoh yang terkenal seperti Tuan Guru Abu Bakar Baqir, pejuang kemerdekaan dan juga pengasas Mahaad Ehya Syariff.
Mendirikan Rumah Tangga
Setekah selesai pengajian di Makkah, pada tahun 1953 beliau pulang dan bertemu jodoh dengan Hajah Kalsom Haji Putih adik perempuan kepada sahabat beliau Tuan Guru Haji Talib bin Haji Putih. Hasil perkongsian hidup dengan Hajah Kalsom,mereka dikurnaikan enam cahaya mata. Salah seorangnya ialah Ustaz Haji Abdul Aziz, yang kini memikul tanggungjawab sebagai mudir Madrasah Irshadiyah al-Asharaf al-Wataniah.
Membuka Madrasah
Pada tahun 1953, beliau telah melihat dan mengkaji perlunya masyarakat tempatan di sekitar daerah Seberang Perai khususnya Sungai Bakap kepada sebuah madrasah atau pusat pengajian yang berteraskan pondok. Oleh sebab itu, beliau telah memilih sebuah perkampungan Islam di Jalan Stesen, Sungai Bakap untuk mendirikan sebuah musolla dan seterusnya menjadi sebuah madrasah. Atas keprihatinan dan bantuan penduduk setempat akhirnya hasrat beliau itu tercapai. Madrasah tersebut dinamakan Madrasah Irsyad al-Ashraf al-Wataniah yang bermaksud Petunjuk dan Penggerak Anak-anak Bangsa.
Dengan tertubuhnya madrasah ini, maka ramailah anak murid yang datang untuk menuntut ilmu. Anak muridnya tidak terbatas sekadar di kawasan Sungai Bakap sahaja malah hingga ke daerah Kerian seperti Perit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai dan kawasan sekitarnya.
Menyedari suasana pendidikan yang sentiasa berubah, maka beliau telah menerima cadangan yang dikemukakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Halim anak saudaranya, untuk membahagikan pengajian kepada dua bahagian iaitu nizhami dan umummi. Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dan mentadbir bahagian umummi manakala Tuan Guru Haji Abdul Halim mengajar dan mentadbir bahagian nizhami.
Tuan Guru Haji Yusoff mengajar dengan penuh rasa tanggungjawab demi memastikan anak-anak muridnya mendapat ilmu pengetahuan yang secukupnya. Oleh sebab itu beliau sangat bertegas dengan tatatertib dan disiplin diri seorang pelajar. Antara perkara yang dititik beratkan ialah, beliau tidak suka pelajar menyimpan rambut panjang dan membaca majalah-majalah yang tidak berfaedah.
Kembali ke Rahmatullah
Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang hidup akan meninggal dunia. Begitulah juga dengan Tuan Guru Haji Yusoff. Beliau kembali ke rahmahtullah pada 1 Muharam 1399/20 Disember 1979. Pemergian beliau ini telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada anak murid dan masyarakat setempat.
Tugas beliau akhirnya dipangku oleh anak saudaranya Tuan Guru Haji Abdul Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupakan oleh masyarakat setempat kerana telah mewariskan sebuah institusi pendidikan yang sangat berjasa pada anak bangsa. Antara pesanan terakhir kepada anak murdnya ialah: “Aku mengajar supaya kamu boleh belajar”. Begitulah jasa dan sumbangan Tuan Guru Haji Yusoff pada masyarakat setempat. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Link asal di sini:

Tuesday, 22 May 2012

Dilema imtihan..




Buka mata cerah dunia
mata lebam memang dijangka
itulah dia tidur tak lena
fikirkan madah banyak tak baca

Bukannya alasan masa tak ada
adat manusia hidupnya leka
sebulan nak peksa kalut tak kata
cari muqoror merata-rata

Hai kenapa Facebook ini dicipta
kadang-kadang aku rasa mnyusah aja
bukannya apa gatai nak sign in juga
walau dah tekad tak nak buka

Si Comel petak di atas meja
buat-buat tak nampak tapi cam kna panggil ja
jangan jangan hati berkata
hai laptop ku tewas juga


Facebook ym atau twitter ka
boleh ja nak online time peksa
tapi ada had ada masanya
jgn smpi buku pon xdibaca


Masa yang ada jgn disia-sia
walau singkat gunakan sebaiknya
menongkat dagu tanpa ada usaha
kelak kau kan rasa akibatnya


Aku,kau dan dia harapan keluarga
genggam erat amanah ibu bapa
ini masanya balas jasa mereka
ukirkan senyuman kebahagiaan bersama

Allah tidak zalim pada hambaNYA
DIA tau keupayaan kita
tugas kita doa dan usaha
tawakal padanya itulah cara

Sekian saja coretan ana
adakah kisah ana atau anda
just nak berkongsi rasa
BITTAUFIQ WANNAJAH utk semua

nukilanku
~Ana Farhana -Alexandria,Egypt~


 Coretan yg dapat ana ukirkan masa duduk di balkoni umah...hihi~~bila menghafal mula menerawang...datang idea xdijangka...sekadar suka-suka...komen kalau suka..klu tak suka nak buat cemana,pasrah ja...hehe^^

ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...