anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Saturday 2 June 2012

Warkah dari sahabat...




Pang!!!... Satu tamparan tepat menerjah segenap ruang pipiku.
Dunia seakan berhenti bernafas.Bisanya hanya Allah yang mengetahuinya,kebasnya masih terasa mengalahkan ubat bius di hospital.
"Jamilah,kamu ingat kamu tu siapa?!nak jadi gengster ke kat sekolah ni?!"marah ustazah Zahira atas tindakan yang dilakukan oleh jamilah.
Miftahul Jamilah nama yang cukup indah seanggun pemiliknya seorg gadis kacukan cina dan melayu.Wajahnya yang ayu dan cukup sempurna namun terselindung di sebalik sifatnya yang ganas seperti 'tomboy'.Sebut saja nama jamilah atau jay memang cukup terkenal di sekolah itu. Malahan tiada siapa pun yg berani mendekati atau mencari pasal dengannya.
Hatinya benar-benar geram apabila mengingati kejadian yang berlaku siang tadi.Kalau bukan disebabkan oleh perempuan tu wajahnya mungkin dapat diselamatkan dari menjadi habuan tamparan tadi.Fikirannya segera melayang mengingati kejadian itu.
"Kau tau tak, ada orang tu.. tak pernah nak rasa bersyukur dengan kurniaan yg Allah bagi kat dia,muka bajet macho padahal lembik jer.Kalau dah perempuan tu jadi je lar perempuan,tak payahlah nak berlagak diri tu macam hebat sangat"kata Hani pada rakan-rakannya yg duduk semeja sambil menikmati santapan tengahari.Jamilah yg sedang minum tersentak dengan sindiran sinis yang dilemparkan kepadanya.Dia tidak menyangka dirinya menjadi topik perbualan yang kumpulan musuhnya itu"Ishh...ni sudah lebih ni,lame dah aku bersabar dengan minah sorang ni"bisik hati jamilah."ko pehal jeling-jeling kat aku???ada masalah yang belum selesai ngan aku ke?terasa??ha ha ha.kesian.Tuhan dah anugerahkan sebagai perempuan tu jangan la berlagak nak jadi lelaki..."Sinis Hani sekali lagi memanaskan hati Jamilah.Hati Jamilah membara,sakit hati dengan kata-kata perempuan itu yg seolah-olah mengejeknya.Walaupun perempuan itu tidak menyebut namanya tetapi dia pasti dialah orang yang dimaksudkan.
Belum sempat Hani meneruskan kata-katanya lagi satu tumbukan padu hinggap di bibirnya."haa!!rasakan kau tumbukan power dari aku...hahaha..."puas hati Jamilah.
"Kenapa kau tumbuk dia Jamilah?"soal Atiqah."Biarkan,baru puas hati aku,sape suruh cari pasal dengan aku"jawab Jamilah dengan nada yang puas.Atiqah adalah sahabat yang sentiasa berdamping dengan Jamilah,di mana ada Jamilah di situ ada Atiqah bak kata pepatah'bagai isi dengan kuku' ataupun 'belangkas'.peribadi Atiqah yang lemah lembut,sopan santun,serta ayu bisa menggegarkan hati sang teruna apabila bertutur dengannya.namun atiqah bukanlah seorang perempuan yang mudah termakan pujuk rayu sang lelaki.baginya lelaki yang bakal menduduki takhta di hatinya hanya insan yg bergelar 'suami'.

 Keesokan harinya,Jamilah dipanggil ke bilik guru disiplin.namun Jamilah tahu habuan yang bakal dikenakan padanya.Jamilah telah digantung sesi persekolahannya atas tindakan yang dilakukannya.bukan sekali dua amaran yang telah diberikan padanya tapi sudah diberi amaran yang terakhir kepadanya.

 Di bawah pohon rambai itu Jamilah menangis teresak-esak.sebak di dada tidak dapat dibendung lagi.Terimbau kenangan lalu yang menjadikan dirinya berubah sedemikian rupa.Bagi Jamilah ibu lah segala-galanya.dialah penghibur jua pengubat duka lara.Istilah bapa tidak pernah wujud dalam kamus kehidupannya.Cukuplah derita dan sengsara ibunya menjadi mangsa bapanya yang rakus dengan dunia perjudiannya.Tidak mengira siang atau malam,badan ibu penuh dengan kesan lebam dan kesan biratan tali pinggang bapanya.Yang bapanya tahu hanya meminta dui, duit,dan duit.Aku yang masih kecil hanya mampu melihat kesengsaraan yg dialami oleh ibuku.

 Terngiang-ngiang kata-kata ustaz kepada kami sekelas" SI SUAMI adalah yang menjadi TUNGGAK UTAMA dalam sesebuah keluarga, suami jualah yang akan MEMBENTUK peribadi ISLAM dan IMAN dalam keluargamu..maka, awasilah..perhatikanlah dan DIDIKLAH keluargamu mengikut ACUAN Allah..jauhi sifat dayus dan jalankan tanggungjawabmu...Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian padanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkan kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang) riwayat Abu Daud" 

 Aku semakin keliru.Kenapa bapaku tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah?.Biarlah kekeliruan itu berlalu pergi.Bapaku telah lima tahun meninggalkan ibuku keseorangan,tetapi ibuku seorang yang cekal dan tabah,sedikit pun tidak pernah mengenal erti putus asa.Aku bangga dengan ibuku.Lantaran kecewanya aku dengan tindakan bapaku,aku mula membenci insan yang bergelar lelaki!!!.ibu pernah berkata"kita perempuan ni kena kuat,jangan pernah mengeluh dengan ujian yang Allah berikan,ujian itu tanda kasih sayang Allah pada kita sayang"terpujuk hati ini atas kalam-kalam ibuku.
"Jamilah....."tersentak aku dari lamunan mendengar suara yang sentiasa ada bersamaku tika diri ini dalam kesedihan.
"Atiqah....."aku menjawab panggilannya dengan nada sendu.
Aku memeluknya diiringi dengan esakan tangisku.
"Sabar ye Jamilah,mungkin ada hikmah di sebalik ujian ini"ujar Atiqah memujuk hatiku.

 Selepas 5 tahun berlalu,aku telah tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Kaherah.Atiqah telah banyak membantu diri ini berubah ke arah yang lebih baik disamping tarbiyah yg aku perolehi di bumi Anbiya' bumi barakah Mesir.Alhamdulillah aku telah menjadi seorang perempuan yang bertudung litup labuh menutupi dada.Pakaianku jua telah berubah.jubah adalah pakaian kegemaranku.Terima kasih ya Allah atas anugerah ukhwah yang Kau berikan padaku.Atiqah adalah sahabat jua teman sejatiku yang sering membimbingku.terima kasih Atiqah atas warkah darimu 5 tahun lalu untukku.Akan aku sentiasa sematkan dalam jiwa.Inilah hikmahnya sahabat!


Assalamualaikum sahabat sejatiku
“Aku mencintaimu kerana Allah”…Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …Ketika aku menjaga rahsiamu …Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
    
     Sahabat,
 Apabila dirimu memerlukan KEKASIH maka pilihlah ALLAH..apabila dirimu memerlukan RAKAN maka pilihlah AL-QURAN..apabila dirimu memerlukan SOKONGAN maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati..kerana Dialah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah HILANG malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNya yang memerlukan.


 Kasih Ilahi TIADA SEMPADAN..tidak memilih siapa dan TIDAK BERAKHIR malah KEKAL selamanya..bersendirian tidak bermakna KESEORANGAN, tidak bermakna MENYEPI kerana diri masih "ada" yang MEMERHATI.. 
Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang TERBAIK untuk kita..usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..dan diakhirnya kelak nanti 
JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH.BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH.. 
Salam sayang dari sahabatmu.

Terima kasih sahabat atas warkahmu itu.


p/s: baru berjinak2 nak buat cerpen pendek....,cerpen ana yg pertama...niat di hati nak tulis novel...berangan dulu sebelum menggenggam realiti...hiii^^ insyAllah satu hari nanti...moga terealisasi!

~Ana Farhana-Alexandria,Mesir~

3 comments:

  1. Subhanallah...seronok cerpen ini...banyak manfaat di dalamnya...semoga impian anda tercapai,insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..membaca kisah ini teringat diri ana satu ketika dahulu..
    sebagai permulaan cerpen ini menarik;)..tetapi perlu kepada gaya bahasa dan pemerengganan yg lebih ideal, supaya pembaca x 'juling air' untuk membaca setiap rangkap, jadi..letakkan perenggan yg kemas dan menarik..teguran dari ana,ana minta menulis tetapo bukan cerpen dan novel jadi harapan dan igauan..tetapi ana minta menulis lirik2 lagu, dan puisi2 emosi dunia.doakan agar penulisan kita semua yg berhadafkan Allah, dan ingin membentuk jiwa2 dari hasil tulisan kita ke arah Allah dan hanya untuk Allah.Kita bakal kembali, yg tinggal dibaca, dikongsi..hanya dari tulisan2 kita yg ditinggalkan dari blo2 yg bermanfaat.:)InsyaAllah...semoga berjaya menjadi penulis novel satu masa nanti;)
    _____________
    salam sayang dari bumi anbiya' sebelahmu-Jordan,
    Mujahidah Hafizah.

    ReplyDelete
  3. khair : syukran ukhti...doakan ana yer =)
    moga cerpen ni membawa manfaat...

    mujahidah : syukran kathir ukhti atas komen yg membina,ana akan cube perbaiki seahsannya...insyaALLAH moga penulisan yg kita salurkan dapat memberi manfaat kepada pembaca...slamat maju jaya jga utk ukhti..
    __________________
    salam sayang dari bumi anbiya' sebelahmu-Mesir
    Ana Farhana

    ReplyDelete

ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...