anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Thursday 22 August 2013

Evakuasi lagi.

Assalamualaikum w.b.t

Evakuasi lagi?
iyaaa...evakuasi berlaku lagi setelah berlaku pergolakan di Mesir yg ku kira melampau.
Evakuasi kali ni berbeza dari evakuasi ana yang dulu sebab evakuasi kali ni sukarela.
Kitorang boleh buat keputusan utk terus stay atau pun pulang bersama tiket tajaan dari Kerajaan Malaysia.
Ramai yang balik ku kira dan ada juga yg memilih utk tinggal di Mesir memandangkan Mesir masih stabil dan atas alasan-alasan tertentu. Dan tiket utk kembali ke Mesir adalah atas tanggungjawab diri sendiri.

Ana?
Balik ke tidak?

Waaaaaaaaaaaaaaa....*tetiba*

Alhamdulillah Ana sekarang berada di tahun 4 Syariah Islamiah yakni tahun akhir.
Sebelum ni, Ana menganbil keptusan utk terus stay di sini sampai natijah(result) keluar dan selesaikan secara keseluruhan semua urusan di sini bersama sahabat tahun 4. Lagipun masa tu Ana rasa Mesir masih aman dan stabil. Tahun akhir baik settle kan semua baru pulang kan. Lebih mudah dan tak mnyusahkan org lain. Tak gitu...Hurm.

Raya pertama kedua ketiga sehinggalah raya keenam di perantauan meriah seperti biasa....Tapi raya ketujuh Mesir Berdarah. Dan bermula dari episod tu tercetuslah evakuasi . Bimbang keselamatan kami di sini.

Sebenar benarnya.....
Hati ni terlalu berat utk pulang ke Malaysia walaupun tiket itu di taja, Free la kan.
Ramai yg kata...baliklah. Tiket free tuuu...Bukan senang nak dapat tiket free...

Yer betul tu kawan-kawan tapi Ana dan sahabat tahun 4 di Alexandria ni "dilema"
Result belum keluar...Ape ape boleh terjadi...Samaada NAJAH (Alhamdulillah) atau pun gagal banyak subjek atau gagal 2 subjek. Korang mesti tak faham kan...herm.

Meh Ana nak terang sikit secara rambang.

Tahun 1,2,3 (pengajian islam dan bahasa Arab)
Mungkin tidak ada masalah utk pulang ke Malaysia kerana kuliah dijangka buka awal bulan 10.
Lama jugak cuti kalau dapat balik. Boleh juga bekerja kan.
Tapi masih ada yg stay,,memikirkan tiket kembali ke Mesir tajaan diri sendiri. (Mesir masih stabil)

Tahun 4.

Kami ada 3 keputusan:

1)Najah...(berjaya)
2)Tak najah...(gagal,nauzubillah)
3)Tasfiah

1. Alhamdulillah diberi rezeki najah, Tiada masalah utk buat pilihan samaada terus stay atau pulang.
2. Tak najah. Gagal 3 subjek atau lebih.dan akan dibawa pada tahun seterusnya sebab kami di sini tiada
repeat pada tahun yg sama dan akan repeat ke tahun seterusnya. Tiada masalah juga utk buat pilihan             samaada terus stay atau pulang.
3. Tasfiah. Tasfiah ni adalah exam khas utk pelajar tahun 4 sahaja...
Yakni pelajar yg gagal 1 atau 2 subjek. Al-Azhar beri keistimewaan utk repeat selepas natijah di                   keluarkan. dan tarikh exam tu 7/9/2013 ni.

*harap korang faham serba sedikit*

Ada sahabat ana yg dah keluar natijah seperti di Cairo,Dumyat memilih utk terus stay di Mesir memandangkan exam tasfiah beberapa minggu lagi. Kami di Alex sangat2 sukar buat keputusan memandangkan natijah masih belum keluar.

Sangatlah susah utk Ana membuat keputusan sedangkan natijah masih tergantung.
Dan keputusan perlu di buat dalam masa secepat mungkin. Kalau natijahnya tasfiah,hanya dalam seminggu lebih di Malaysia dan perlu datang kembali utk menduduki exam Tasfiah.Allah...terlalu berat utk di fikirkan. Duit...ya duit utk pulang ke sini... Robbuna yusahhilna.

Migrain bila memikirkan.

Ana masih menunggu nama naik utk pulang ke Malaysia.

Tawakaltu alaAllah.

Sahabat-sahabat. Doakan Ana serta kawan2 najah dan beroleh kecemerlangan di dunia dan Akhirat.

Allah sebaik-baik perancang.
Aku hanya hamba yg tiada daya menolak kehendakNya.
Moga ini yg terbaik.

"Aku pulang...Ummi abi risau..."


Sekian,


Ana Farhana
Alexandria,Egypt.

No comments:

Post a Comment

ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...