anak panah

Purple Fire Pointer

muzik

Sunday 26 May 2013

Imtihan sebelum imtihan.

(sekadar gambar hiasan)
Sehari  sebelum exam(25.5.2013)

Hari ni nak masak sedap untuk ahli bait lah. Rasa hati yang indah ini membuat aku rasa seronok untuk memasak.Ye, kami memang ada giliran memasak. Maklumlah musim exam jadual masing-masing lebih teratur.Aku masuk ke dalam bilik dan bersiap sedia untuk keluar membeli barang basah untuk menyediakan santapan makan malam kami. Dengan muka yang agak ceria,aku membuka dompet. Dan mula perasan, Kad bank ATM xda dalam ni... Mula mula tu rasa mungkin tersalah letak,sama ada aku ada keluarkan dan letak di tempat yg lebih selamat. Oh itu ayat menyedapkan hati sebenarnya. Dengan rasa tenang dan cukup sabar aku mula menyelongkar segala bag, kitab baju dan segala tempat yg aku rasa aku pernah letakkan kad bank di situ. Namun HAMPA dan ia TIADA.

Sebagai 'chef rumah' pada hari tu, aku gagahkan kaki juga untuk keluar beli barang masak,namun hati yang amat gembira tadi bertukar gundah gulana. Maaf ahli bait tersayang. Santapan indah dalam bayangan hanya tinggal bayangan dan tidak dapat di realisasikan. Dan menu yang aku mampu sediakan dengan perasan yang bercampur baur.....Sup telur...Jadilah, rezeki hari ini. Alhamdulillah.

Operasi yang tergendala tadi tetap diteruskan dengan sabar. Namun perasaan risau yang mengatasi membuat hati sedikit rasa nak marah. Lagi lagi bila semua tempat telah di selongkar dan bersepah namun masih tidak ditemui. Ya Allah..............esok aku exam. Mata mula berkaca. Nangis laju laju.


Akhirnya, dengan lajunya aku buka laptop dan mendail nombor ummi.
Aku bercakap dengan adik kedua,ilah nama timangannya. Dulu sebelum aku datang Mesir,aku ada buat akaun hsbc,akaun itu dinamakan akaun bersama,aku dan abi. Katanya kalau apa apa terjadi,abi boleh uruskan di Malaysia. Alhamdulillah berguna juga akaun bersama ni.Dan setiap kali ada pengeluaran atau transfer duit dan sebagainya akan sampai mesej pada nombor ummi. Last aku buat pengeluaran pada 21.5.2013 sebanyak 200 genih. Lagipun dah akhir bulan. Tak rasa nak keluar banyak. Dan bila tanya ilah, ilah kata selepas pengeluaran 200 genih tu ada pengeluaran sebanyak 400. Ya! memang betul lah kad aku di kidnap. Terus adik aku bagi telefon pada ummi.

Sebak! tak boleh nak cakap. ummi pelik aku nangis sebab tak tahu kenapa. Aku senyap sambil tersedu sedu. " Ummi,kad bank kak long hilang" ummi terkejut. Terus di paskan telefon pada abi. di sinilah bermula episod nangis lagi laju laju. Abi..lelaki kan, dia tak marah cuma ada nada tegas di situ. Aku ni hati kecik sikit. ;agi la kuat tangisan aku. Hahaha malu plak rasanya. Hilang macho aku sebagai kak long. Abi kata camana boleh hlang. Bru perasan pulak tu. dah 4 hari.

Imbas semula kejadian di pasaraya Fathallah yang terletak di Mandarah,Alexandria.
Aku keluar duit dan ditemani seorang kawan. Tapi yang aku pelik,ada seorang makcik arab ni bileh pulak tengok aku keluar duit dan siap tengok aku tekan-tekan. Aku dan mula rasa tak sedap hati. Kenapa plak makcik ni duduk dekat-dekat ni. Tapi husnudzon aku pada makcik tu lebih kuat dari suudzon. selepas aku keluar 200 genih aku masukkan semula kad untuk cek baki. Dan selepas itu aku tak ingat dah apa yang berlaku. Sama ada aku terlupa ambil kad selepas amik resit atau memang aku di pukau. Nauzubillahi min zalik.

Dan pada 25hb baru aku perasan cik kad ATM tu xda di dalam pelukan dompetku. Ahaa...Gelabah kau!
Dari situ lah...mungkin. Akhirnya abi call hsbc dan block kad atm aku tu. Ummi pula menenangkan aku yang teresak-esak bagaikan seorang kanak-kanak. Kak long manja kot. Ahaks! hihihi Ummi dan abi kata jangan risau dah selesai semua. Alhamdulillah makcik tu 'baik hati' tak amik semua duit dalam akaun tu. Banyak tak banyak pun beribu jugak dalam tu. Kalau dia amik semua mau nangis terlebih lagu aku.Alahmdulillah masih tertulis rezeki tu untuk aku. syukran Ya Allah. Pihak bank ada beritahu,400 yg di keluarkan selepas aku keluarkan duit tu jangka masa hanya 3 minit.Pergh cepat buat keje.

Aku akan ikat perut lah selama kad bank xda ni.ahahaha bajet je kau nyah. InsyaAllah kad baru akan sampai 10.6 nanti. Alhamdulillah alhamdulillah. Ana Farhana mohon selepas ini lebih berhati-hati,dan haaa... korang yg terbaca entry ni. hehe
-Keluar duit tu bacalah doa ape2 dulu,
-kalau perempuan jangan keluar sensorang.
-pandang kiri kanan
-husnudzon biar bertempat ye sayang!
-kalau nak tekan no pin tu seeloknya kalau boleh bongkokkan badan korang tu sampai tak nampak,buat je,peduli orang nak kata, ahaha :)
-Alert sekeliling korang.

sebenarnya selepas keluar duit,ada cakap pada kawan,pelik dengan makcik tadi,bleh plak dia mnyendeng-nyendeng time orang nak keluar duit. Rupanya hati yang kurang senang itu ada jawapannya. Inilah...kad saya hilang.uhuk3
Ape pon makcik. saya halalkan duit tu pada makcik. Harap makcik insaf yer. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas. :)

Pengajaran utk aku...Lebih berhati-hati selepas ini.

Inilah imtihan sebelum imtihan yang aku alami.
Alhamdulillah lebih tenang utk menghadapi exam.
InsyaAllah ada hikmah yang Allah nak beri padaku.
InsyaAllah najah kabir dalam imtihan akhir degree. Ameen.



Ana Farhana
Alexandria, Egypt 

1 comment:

  1. sabar ye.. insyaAllah mesti Allah ganti yg lebih baik kan.. rezeki Allah Maha Luas.. macam mana imtihan? moga balik sini dengan najah! :)

    ReplyDelete

ANTARA YANG MENARIK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...